Alor Setar & Pengurusan Perbandaran Alor Setar

Gambar dibawah menunjukkan perkembangan Bandaraya Alor Setar yang semakin berkembang sejak 2008.

Bangunan baru Mahkamah Syariah terletak di sebelah BaratBangunan Pentadbiran baru Negeri Kedah lengkap di Timur Ukir Mall atau lebih dikenali sebagai Dataran Usahawan Alor Setar

Populasi = 405,789 (2009) (termasuk daerah Pokok Sena)

Kawasan Pentadbiran

Kawasan-kawasan ini juga dibawah pentadbiran dan kelolaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) manakala Daerah Pokok Sena masih lagi ditadbir oleh MBAS walaupun sudah menjadi daerah baru.

Keluasan dan Kependudukan

Daerah di Kedah

Berikut merupakan keluasan dan populasi penduduk bagi mukim-mukim di Alor Setar. [13]

Bil Senarai MukimKeluasan (km²)Populasi Penduduk
1Kota Setar6.52322,364
2Kuala Kedah10.77220,924
3Tajar44.98816,244
4Derga29.47332,227
5Alor Merah5.7749,655
6Pengkalan Kundor41.02761,357
7Anak Bukit8.75310,700
8Titi Gajah13.0264,999
9Kubang Rotan21.6266,716
10Kangkong22.6628,640
11Langgar10.5948,262
12Limbong7.8991,620
13Mergong12.84427,616
14Sungai Baharu5.9322,024
3Sala Kechil16.0336,927
16Lengkuas7.8461,939
17Bukit Pinang10.6958,616
18Alor Malai7.25230,747
19Telok Kechai7.8999,894
20Telok Chengai6.0626,964
21Tebengau17.3774,714
22Gunong19.6317,475
23Padang Lalang23.9819,263
24Telaga Mas13.1283,538
25Lepai7.1993,313
26Hutan Kampong10.0727,962
27Padang Hang22.1444,405
28Pumpong11.08418,071

Perkembangan Bandar

Menjelang tahun 2015, negeri Kedah akan menjadi negeri yang mempunyai dua bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak.

Sektor perumahan berkembang pesat di Alor Setar. Semenjak tahun 1990-an, bandar Alor Setar menerima pelaburan sederhana oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Setia, Taman Seri Kota, Taman PKNK, Taman Nuri, Taman Dahlia merupakan perumahan terancang yang terawal di Alor Setar.Menjelang tahun 2008 sehingga 2012, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Baru Mergong, Desa Seraya, Bandar Stargate, Villa Anak Bukit dan Laman Kuda. Sebuah kondominium mewah sedang dibina pada tahun 2012 oleh Belleview Group di kawasan Pusat Bandaraya Alor Setar. Kondominium itu diberi nama Amansuri Residences.Kini Bandar Alor Setar sedang mengalami perubahan yang drastik sejak 2008 seperti di kawasan Kuala Kedah, Langgar, Mergong, Anak Bukit, Alor Mengkudu dan Datuk Kumbar. Akan tetapi, Bandar Sungai Petani telah mengambil alih sebagai bandar terbesar di Negeri Kedah sejak tahun 2010.[14]

Bandar-bandar Baharu

Bandar baru atau bandar terancang dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun. Bandar baru dibina untuk mengurangkan tumpuan penduduk dan juga dibina di kawasan belum membangun tidak jauh dari bandar asal. Tambahan itu, sebuah bandar baru dibina di Bandar Satelit Pokok Sena yang dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar. Bandar ini dapat mengurangkan masalah kesesakan jalanraya dan populasi yang kian meningkat sekali gus dijadikan bandar satelit.

  • Bandar Baru di Pokok Sena
    • Bandar Baru Dua (Bandar Satelit)
    • Bandar Tunku Puteri (Bandar Satelit)
    • Bandar Sejahtera (Bandar Satelit)
    • Bandar Baru Pokok Sena

Populasi Penduduk

Populasi = 405,789 (2009) (termasuk daerah Pokok Sena)

Penduduk Alor Setar adalah terdiri daripada majoriti Melayu dan Cina. Kebanyakan penduduk di Alor Setar tertumpu di Mergong, Anak Bukit, Langgar dan Kuala Kedah serta di Jalan Pegawai, Jalan Tanjung Bendahara, Jalan Putra dan Jalan Datuk Kumbar menjadikan keluasan bandaraya ini menjadi semakin besar dengan pertambahan penduduk yang begitu drastik sejak tahun 2006 dimana bandar ini pernah mengalami kemerosotan populasi penduduk pada tahun 2000. Dengan pembukaan penempatan baru di Alor Mengkudu dan Tandop Baru menyebabkan populasi bandar ini semakin meningkat.

Akan tetapi, Bandar Sungai Petani telah mengambil alih sebagai bandar terbesar di Kedah[15]. Ini kerana Bandar Sungai Petani mempunyai ramai penduduk disebabkan berdekatan dengan bandar perindustrian terbesar di utara iaitu di Seberang Perai. Bandar Sungai Petani juga mengalami penjualan rumah yang lebih murah berbanding Bandaraya Alor Setar, faktornya adalah Alor Setar merupakan sebuah bandaraya yang mempunyai tanah bendang dan perlu ditambak tanah dan kos-kos lain yang mahal berbanding di Sungai Petani kerana tanahnya lebih murah. Faktor ini menyebabkan ramai pemaju hartanah tidak berani melabur di Alor Setar.

Walau bagaimanapun, Alor Setar tersenarai sebagai salah satu bandaraya terbesar di Malaysia. Sekarang, Pokok Sena, Kedah telah dijadikan daerah baru yang sebelum ini daerah sekali dengan Alor Setar [16] Statistik populasi adalah seperti berikut:

Bandar / DaerahPopulasi 1980Populasi 1990Populasi 2000Populasi 2010
Alor Setar / Kota Setar279,567322,354354,433366,787

Kawasan Perindustrian

Alor Setar juga merupakan pusat perindustrian di Kedah walaupun dimonopoli oleh Sungai Petani dan Kulim:

  • Kawasan Perindustrian Mergong
  • Kawasan Perindustrian Mergong 2
  • Kawasan Perindustrian Mergong Barrage
  • Kawasan Perusahaan Tandop Baru
  • Taman Perindustrian Ringan
  • Taman Perindustrian Kristal
  • Taman Perindustrian 2010 (Bandar Baru Mergong)
  • Taman Perindustrian Tandop Utama
  • Taman Perindustrian Kristal 2 (dalam pembinaan)

Naik Taraf Perbandaran

Majlis Perbandaran Kota Setar secara rasmi dinaikkan taraf sebagai bandar raya ke sembilan di negara ini dan bergelar Majlis Bandaraya Alor Setar.

Surat Perisytiharan Taraf Bandaraya kepada Majlis Perbandaran Kota Setar yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dipersembahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting kepada Sultan Kedah pada Istiadat Penyerahan Watikah Bandaraya Alor Setar, di Istana Anak Bukit.

Sultan Kedah kemudian berkenan menyerahkan watikah tersebut kepada Menteri Besar waktu itu, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain. Berangkat sama menyaksikan majlis penuh bermakna itu ialah Che Puan Haminah Hamidun, Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah, kerabat-kerabat diraja, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lokman Hakim Md Jassah, anggota-anggota Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Surat perisytiharan itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Negara pada 19 November 2003. Istiadat dimulakan dengan pengkisahan Bandar Alor Star tulisan tokoh sejarah negeri Kedah, Datuk Wan Shamsudin Wan Mohd Yusof yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Baling, Zahari Ismail.

Alor Setar yang diasaskan kira-kira 268 tahun lalu (1735) oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II, iaitu Sutan Kedah yang ke-19 (1710-1778).[17]

Baik Pulih Bandaraya

Sejak tahun 2008, pelbagai infrastruktur dibandar ini telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri, iaitu menghidupkan semula bandar ini yang pernah dianggap bandar mati kerana tiada kemajuan ekonomi dan infrastruktur yang baik. Begitu banyak perubahan dengan banyak kawasan perumahan yang muncul di Langgar, Tandop, Alor Mengkudu, Kuala Kedah, Kuala Sungai dan Mergong sekaligus mengubah lanskap bandaraya Alor Setar. Perumahan dibangunkan oleh pihak swasta dan GLC melalui perancangan teliti serta kelulusan oleh kerajaan negeri. Apabila wujudnya perumahan, sekaligus mewujudkan premis-premis perniagaan yang akan menjana ekonomi negeri.

Pusat Bandaraya Alor Setar kini berubah wajah. Bangunan serbanika yang usang di Stesyen Bas Baru dirobohkan dan dibangunkan UKIR Mall yang tersergam gagah. Ia projek Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Di belakangnya dibina medan selera yang baru dan cantik. Di sisi UKIR Mall yang dahulunya menjadi bangunan usang tinggalan sebuah syarikat bas, kini dibangunkan sebagai gerai-gerai makanan ala ‘one stop center’. Berpuluh peniaga Melayu boleh mencari rezeki. Kini bandaraya lebih ceria dengan wujudnya bazaar larut malam di perkarangan stadium dan bazaar sinar malam di perkarangan Pekan Rabu. Hampir semua yang terbabit dengan perniagaan adalah golongan Bumiputera.

Di sepanjang jalan utama pusat bandar, Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membina tembok penghadang. Di samping mencantikkan pemandangan ia mengurangkan ancaman keselamatan terhadap pejalan kaki. Bulatan Jalan Kota dibangunkan semula. Jika anda melalui Jalan Stadium atau Jalan Tun Razak, terdapat bulatan yang dibina mempunyai kalimah Allah dan juga Al-Quran yang sangat cantik.

Pelan Pembangunan

Kerajaan negeri kini sedang merancang suatu perancangan iaitu apabila ada pelancong datang ke Alor Setar, mereka akan dibawa ke Gunung Keriang iaitu ke Muzium Padi dan menyediakan restoran masakan Kedah seperti masakan yang berasaskan ikan keli, haruan, sepat dan lain-lain lagi.

Selesai lawatan di muzium tersebut, mereka terus dibawa ke sungai berhampiran muzium dan menaiki bot untuk ke Ampang Jajar dan masa yang diambil adalah kira-kira satu jam. Ianya dipanggil “Cruise Sungai Kedah”. Pakej ini boleh menjadi sumber pendapatan rakyat.

Kerajaan Negeri mencadangkan agar diperbaiki apa yang ada supaya orang ramai dapat menikmati alam semula jadi dan kera-kera di Pulau Pinang dibawa ke kawasan laluan bot tersebut agar orang yang menaiki bot tersebut dapat melihat kera-kera tersebut di tepi sungai.

Dari sana barulah datang ke Pekan Rabu. Di sini pelancong boleh membeli apa yang diperlukan seperti dodol, bahulu, karas dan akhirnya semua orang mai ke sini. Inilah perancangan kerajaan negeri dan kini UPEN sedang membuat kertas kerja.

Sebelum ini masa untuk membeli-belah di Pekan Rabu adalah terhad, tetapi kini pengunjung yang datang ke Alor Setar tidak perlu lagi bimbang kerana pada waktu malam mereka boleh membeli-belah di bazar ini.

Selepas itu, mereka boleh tidur di hotel yang ada di sekitanya. Inilah diantara kemudahan-kemudahan yang akan sediakan kepada rakyat.

Menteri Besar, Azizan berharap agar usahawan-usahawan kecil yang berniaga di Pekan Rabu mengambil kesempatan ada ini dan menjaga kebersihan serta amanah. Peniaga-peniaga mestilah menunjukkan adab yang sopan seperti senyum kepada pembeli kerana senyum itu adalah sedekah dan ianya dapat menarik ramai pelanggan.

Usahawan-usahawan yang berniaga di dalam kompleks Pekan Rabu juga perlu ambil kesempatan untuk melanjutkan operasi perniagaan mereka sehingga ke sebelah malam bagi merancakkan lagi aktiviti Bazar Sinar Sejahtera ini.

Dalam tahun akan datang, Jalan Tunku Ibrahim ini akan di buat seperti di Kuala Lumpur, iaitu akan tutup jalan pada waktu malam, maka orang ramai tidak lagi perlu bersusah payah untuk mencari parkir kerana jalan ini sudah ditutup.

Draf Rancangan Tempatan MBAS 2035 Buka Peluang Ekonomi

Draf Rancangan Tempatan 2035 Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), yang menggariskan empat teras utama, diyakini mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi pada pelabur dalam dan luar negara.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengumumkan draf Draf Rancangan Tempatan 2035 Majlis Bandaraya Alor Setar bagi lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk rakyat sekali gus mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar-bandar besar.

Menerusi draf ini, peluang perniagaan daripada projek berimpak tinggi seperti Terminal Ikan Bersepadu Kedah (KIFT) di Kuala Kedah, memperluaskan kawasan perniagaan sedia ada, membaik pulih bangunan perniagaan usang dan terbiar dan meningkatkan aktiviti pertanian.

teras pertama draf itu adalah menjadikan kawasan MBAS iaitu Bandaraya Alor Setar dan Pokok Sena berkembang maju dengan penyediaan peluang perniagaan dan pelaburan dari projek-projek yang dicadangkan manakala teras kedua menjadikan kawasan MBAS terutama Alor Setar sebagai bandar yang berdaya tahan dan berdaya pintar.

Teras ketiga ialah penyediaan sistem infrastruktur dan utiliti yang komprehensif dan efisien dan keempat menjadikan kawasan MBAS sebagai Bandar Warisan Dalam Taman

Kerajaan negeri sentiasa membuka ruang, peluang dan sokongan kepada mana-mana syarikat atau individu untuk turut serta memajukan projek yang dicadangkan dalam draf itu. Cadangkan dan bantahan boleh dibuat melalui pejabat MBAS mengikut saluran yang betul.

Penyediaan Draf Rancangan Tempatan MBAS 2035 (pengantian) adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di mana pihak Berkuasa Perancang Tempatan boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu rancangan tempatan.

Penyediaannya dibuat berpandukan kepada Manual Rancangan Tempatan Edisi 2013 dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008.

Rujukan

WikiPedia: Alor Setar http://web10.bernama.com/maritime/news.php?id=1557... http://www.gdparchitects.com/projects/current/aman... http://www.investasiapacific.com/Awards.htm http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://population.wn.com/country/Malaysia/Kedah/Al... http://www.belleview.com.my/node/124 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=... http://portal.kedah.gov.my/index.php?option=com_co...